Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda; jika kamu mengatakan kepada teman kamu diamlah, sementara imam sedang berkhutbah di hari Jumaat, maka kamu telah lagha.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 187.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda; jika kamu mengatakan kepada teman kamu diamlah, sementara imam sedang berkhutbah di hari Jumaat, maka kamu telah lagha.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 187.
Telah menceritakan kepada kami Mahmud bin Ghailan telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq telah memberitakan kepada kami Ma’mar, daripada Ubaidullah bin Umar, daripada Nafi’, daripada Ibnu Umar. (Dalam jalur lain disebutkan) telah menceritakan kepada kami Yahya bin Khalaf Abu Salamah telah menceritakan kepada kami Bisyr bin al-Mufadhal, daripada Ubaidullah, daripada Nafi’, daripada Ibnu Umar: Bahawa Nabi SAW berkhutbah dua khutbah, baginda duduk di antara keduanya sejenak.
Bisyr menambahkan, baginda dalam keadaan akan berdiri.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 187.
Daripada Abdullah bin Salam bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar pada hari Jumaat; apa atas (apa susahnya) seorang daripada kamu sekiranya membeli dua pakaian untuk hari Jumaat selain pakaian kerjanya.”
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami seorang syeikh kami, daripada Abdul Hamid bin Ja’far, daripada Muhammad bin Yahya bin Habban, daripada Yusuf bin Abdullah bin Salam, daripada bapanya berkata: Nabi SAW berkhutbah kepada kami, maka baginda menyebutkan yang demikian itu.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 186.
Hisyam bin ‘Ammar dan Sahl bin Abu Sahl, kedua-duanya berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan bin ‘Uyainah daripada az-Zuhriyy, daripada Sa’id bin al-Musayyab, daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Apabila hari Jumaat, di setiap pintu daripada pintu-pintu masjid malaikat-malaikat menulis manusia sesuai kedatangan mereka (ke masjid), yang awal maka awal. Maka, apabila imam keluar (tiba), mereka menutup buku catatannya dan mendengar khutbah. Orang pertama datang ke masjid seperti orang bersedekah unta, selepasnya seperti orang bersedekah sapi, selepasnya seperti orang bersedekah domba.” Hingga baginda menyebutkan ayam dan telur. – Sahl menambahkan dalam hadisnya, maka sesiapa datang selepas itu, maka dia datang kerana hak untuk solat.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 185.
Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda; sesiapa berwuduk dan memperelokkan wuduk, kemudian menghadiri (solat) Jumaat, mendekati imam, diam dan mendengar (khutbah), diampunkan baginya apa (dosa) antaranya (Jumaat itu) dan antara Jumaat berikutnya, dan tambahan tiga hari. Dan sesiapa menyentuh kerikil, maka dia telah lagha (lalai).
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 184.
Daripada Ibnu Umar berkata: Saya mendengar Nabi SAW bersabda di atas mimbar; sesiapa menghadiri Jumaat maka hendaklah dia mandi.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah,184.
Daripada Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami, maka baginda berkata: Wahai manusia! Bertaubatlah kamu kepada Allah, sebelum kamu mati, bersegeralah dengan amalan-amalan soleh sebelum kamu sibuk, dan sambunglah antara kamu dan antara Rabb kamu dengan banyak zikir kamu kepada-Nya, dan banyak sedekah secara diam-diam dan terang-terangan. (Mudah-mudahan) kamu diberikan rezeki, dibantu dan dicukupi. Dan ketahuilah, bahawa Allah memfardukan atas kamu al-Jumu’ah (solat Jumaat) di tempat berdiriku ini, di hariku ini, di bulanku ini, dari tahunku ini hingga hari kiamat. Maka, sesiapa meninggalkannya di waktu hidupku atau selepasku, dan baginya imam yang adil atau bejat, kemudian meremehkan atau menolaknya, maka Allah tidak akan menyatukannya dan urusannya tidak akan diberkati. Ingatlah (atau ketahuilah), dan tiada solat baginya, tiada zakat baginya, tiada haji baginya, tidak ada puasa baginya, dan tidak ada kebaikan baginya sehingga dia bertaubat. Maka, sesiapa bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Ingatlah (atau ketahuilah), seorang wanita tidak mengimamkan seorang lelaki, seorang orang A’rabiyy (Arab pedalaman atau badwi) tidak mengimamkan seorang muhajir (orang muhajirin) dan seorang fajir (orang derhaka, orang berdosa, orang bersalah) tidak mengimamkan seorang mukmin (orang beriman), melainkan jika dia memaksanya dengan kekuasaan yang ditakuti pedangnya dan cambuknya.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 183.
Daripada Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah SAW bersabda; (pembatas) antara hamba dan antara al-kufr ialah meninggalkan solat.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 182.
Muhriz bin Salamah al-Adaniyy berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Abu Hazim daripada Ibrahim bin Ismail daripada Abdul Karim daripada Mujahid dan Said bin Jubair dan Atho’ bin Abu Rabah dan Thowus, mereka mengkhabarkannya daripada Ibnu Abbas bahawa dia mengkhabarkan mereka bahawa Rasulullah SAW adalah menjamakkan (menghimpunkan) antara maghrib dan isyak dalam safar (perjalanan), bukan kerana mempercepatkan (atau tergesa-gesa) sesuatu, bukan diburu musuh, dan bukan takut sesuatu.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 180.
Daripada Umar berkata: Solat safar dua rakaat, Jumaat dua rakaat, dan eid (hari raya) dua rakaat, sempurna tanpa qasar (tanpa memendekkan) atas lisan (sebagaimana sabda) Muhammad SAW.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 180.
HURAIAN
Safar ertinya berpergian atau dalam perjalanan. Eid ertinya hari raya.