Hadis

  • Solat dua rakaat selepas Subuh

    Daripada Qais bin Amru berkata: Nabi SAW melihat seorang lelaki solat dua rakaat selepas Subuh, maka Nabi berkata: Adakah solat Subuh dua kali! Maka, lelaki itu berkata kepada baginda: Sesungguhnya saya belum melakukan dua rakaat sebelum dua rakaatnya (sebelum dua rakaat Subuh), maka saya solat dua rakaat itu. Maka, Nabi SAW diam.

  • Apabila iqamat, tiada lagi solat melainkan yang wajib

    Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Apabila iqamat dikumandangkan, maka tidak ada solat melainkan yang wajib.

  • Bacaan dalam dua rakaat sebelum Subuh

    Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW membaca pada dua rakaat sebelum fajar Qul yaa ayyuhal kaafiruun dan Qul huwallaahu ahad.

  • Solat dua rakaat sebelum Subuh

    Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW apabila fajar telah meneranginya baginda solat dua rakaat.


    Daripada Ibnu Umar, daripada Hafsah binti Umar bahawa Rasulullah SAW apabila diserukan untuk solat Subuh, baginda mengerjakan solat dua rakaat ringan sebelum berdiri untuk solat (sebelum pergi solat).

  • Jaga solat 12 rakaat dibinakan rumah di syurga

    Daripada Aisyah berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya); sesiapa menjaga dua belas rakaat daripada sunnah dibinakan baginya sebuah rumah di syurga, (iaitu) empat (rakaat) sebelum Zuhur, dua rakaat selepas Zuhur, dua rakaat selepas Maghrib, dua rakaat selepas Isyak, dan dua rakaat sebelum Fajar (Subuh).

  • Saat doa dimakbulkan pada Jumaat

    Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya); Sesungguhnya pada (hari) Jumaat ada suatu saat tidaklah menemuinya seorang lelaki muslim berdiri solat memohon kebaikan kepada Allah padanya (pada saat itu) melainkan Dia akan mengabulkannya. Dan baginda mempersedikitkannya (saat itu) dengan (isyarat) tangannya.

  • Khatib menghadap jemaah ketika berkhutbah

    Daripada Adiyy bin Tsabit daripada bapanya, berkata: Adalah Nabi SAW apabila berdiri di atas mimbar, sahabat-sahabatnya menyambutnya dengan wajah-wajah mereka.

  • Dilarang halaqah sebelum selesai Jumaat

    Daripada Amru bin Syu’aib, daripada bapanya, daripada datuknya: Bahawa Rasulullah SAW melarang membuat halaqah di masjid pada hari Jumaat, sebelum solat (selesai).

  • Solat selepas Jumaat

    Daripada Abdullah bin Umar, bahawa dia jika telah selesai solat Jumaat dia beredar, maka dia solat dua sujud (dalam maksud – dua rakaat) di rumahnya, kemudian dia berkata: Adalah Rasulullah SAW melakukan yang demikian itu.

  • Solat sebelum Jumaat

    Daripada Ibnu Abbas berkata: Adalah Rasulullah SAW rukuk (mengerjakan solat) sebelum (solat) Jumaat empat kali (empat rakaat), tidak memisahkan pada sesuatu daripadanya (dalam maksud – secara bersambung).