Daripada Abu al-Ja’d adh-Dhamriy – dia pernah bertemu Nabi SAW – dia berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa meninggalkan Jumaat sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, hatinya akan ditutup.
Sumber: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 191.
Daripada Abu al-Ja’d adh-Dhamriy – dia pernah bertemu Nabi SAW – dia berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa meninggalkan Jumaat sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, hatinya akan ditutup.
Sumber: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 191.
Daripada Ibnu Umar berkata: Sesungguhnya penduduk Quba melaksanakan solat Jumaat bersama Rasulullah SAW pada hari Jumaat.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 190.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ أَدْرَكَ مِنَ الْجُمُعَةِ رَكْعَةً فَلْيَصِلْ إِلَيْهَا أُخْرَى
(Mafhumnya: Sesiapa mendapatkan daripada [solat] Jumaat satu rakaat, maka hendaklah dia sambung padanya [rakaat] yang lain).
HURAIAN
Terjemahan فَلْيَصِلْ إِلَيْهَا أُخْرَى dalam Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah: Maka hendaklah dia genapkan.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 190.
Daripada Ubaidullah bin Abu Rafi’ berkata: Marwan mewakilkan kota Madinah kepada Abu Hurairah, maka dia keluar ke Makkah. Maka, di hari Jumaat Abu Hurairah solat bersama kami. Maka, dia membaca surah al-Jumuah pada as-sajdah (rakaat) awal, dan pada (rakaat) yang akhir (membaca) Idzaa jaa_akal munaafiquun. Ubaidullah berkata: maka saya menemui Abu Hurairah ketika beredar, maka saya berkata kepadanya, sesungguhnya anda membaca dua surah sebagaimana Ali membaca dengan kedua-duanya di Kufah. Maka, Abu Hurairah berkata: Sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah SAW membaca dengan kedua-duanya.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 189.
Daripada Anas bin Malik: Bahawa Nabi SAW diadukan mengenai hajat keperluan apabila turun dari mimbar di hari Jumaat.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah,189.
Daripada Jabir bin Abdullah: Bahawa seorang lelaki masuk masjid pada hari Jumaat, dan Rasulullah SAW berkhutbah. Maka, dia (lelaki itu) melangkah orang-orang, maka Rasulullah SAW bersabda: Duduk, sungguh kamu telah terlambat, dan menyakiti (orang lain).
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 188.
Hisyam bin Ammar berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Uyainah, daripada Amru bin Dinar mendengar Jabir, dan Abu az-Zubair dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata: Sulaik al-Ghathofaniy masuk ke dalam masjid, sementara Nabi SAW berkhutbah, maka baginda bersabda: Apakah kamu sudah melaksanakan solat? Dia menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Maka solatlah dua rakaat. Dan adapun Amru, maka tidak menyebutkan (nama) Sulaik.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 188.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda; jika kamu mengatakan kepada teman kamu diamlah, sementara imam sedang berkhutbah di hari Jumaat, maka kamu telah lagha.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 187.
Telah menceritakan kepada kami Mahmud bin Ghailan telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq telah memberitakan kepada kami Ma’mar, daripada Ubaidullah bin Umar, daripada Nafi’, daripada Ibnu Umar. (Dalam jalur lain disebutkan) telah menceritakan kepada kami Yahya bin Khalaf Abu Salamah telah menceritakan kepada kami Bisyr bin al-Mufadhal, daripada Ubaidullah, daripada Nafi’, daripada Ibnu Umar: Bahawa Nabi SAW berkhutbah dua khutbah, baginda duduk di antara keduanya sejenak.
Bisyr menambahkan, baginda dalam keadaan akan berdiri.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 187.
Daripada Abdullah bin Salam bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar pada hari Jumaat; apa atas (apa susahnya) seorang daripada kamu sekiranya membeli dua pakaian untuk hari Jumaat selain pakaian kerjanya.”
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami seorang syeikh kami, daripada Abdul Hamid bin Ja’far, daripada Muhammad bin Yahya bin Habban, daripada Yusuf bin Abdullah bin Salam, daripada bapanya berkata: Nabi SAW berkhutbah kepada kami, maka baginda menyebutkan yang demikian itu.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 186.