Hadis

  • Solat dengan satu kain

    Daripada Abu Hurairah berkata: Seorang lelaki datang menemui Nabi SAW, maka dia berkata; wahai Rasulullah, seorang daripada kami solat dengan mengenakan satu kain. Maka, Nabi SAW bersabda: Apakah kamu semua mempunyai dua kain?

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 177.

  • Jangan angkat pandangan ketika solat

    Daripada Ibnu Umar dia berkata: Rasulullah SAW bersabda; janganlah kamu mengangkat pandangan kamu ke atas langit hingga mata kamu buta. – Yakni dalam solat.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 177.

  • Tahan rambut, kain dalam solat

    Daripada Ibnu Abbas berkata: Nabi SAW bersabda; saya diperintahkan agar tidak menahan rambut dan kain (atau pakaian).

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 176/177.

  • Solat dengan selipar

    Daripada Ibnu Abu Aus dia berkata: Adalah Aus datukku terkadang dalam solat dia berisyarat kepadaku, maka aku berikan seliparnya. Dan dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah SAW solat dengan mengenakan selipar.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 176.

  • Dalam solat, lelaki mengingatkan dengan tasbih, wanita menepukkan tangan

    Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tasbih bagi lelaki dan menepukkan tangan bagi wanita.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 176.

  • Sujud atas kain

    Daripada Abdullah bin Abdurrahman berkata: Nabi SAW datang kepada kami, maka baginda solat dengan kami di masjid Bani Abdul Asyhal, maka saya melihatnya meletakkan kedua-dua tangannya atas kainnya apabila sujud.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 175.

  • Solat atas tikar kecil

    Abu Bakr bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abbad bin al-‘Awwam daripada Asy-Syaibaniy daripada Abdullah bin Syaddad berkata, telah menceritakan kepadaku Maimunah isteri Nabi SAW, dia (Maimunah) berkata: Adalah Rasulullah SAW solat di atas tikar kecil.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 175

  • Usap kerikil ketika solat

    Daripada Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda; sesiapa mengusap kerikil, maka dia lagha (lalai).

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 174.

  • Dilarang buang ludah di depan, kanan ketika solat

    Daripada Thariq bin Abdullah al-Muharibiy berkata: Nabi SAW bersabda; apabila kamu solat maka jangan kamu membuang ludah di depan dan kananmu, tapi ludahlah ke kiri atau bawah kakimu.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 174.

  • Solat tersalah arah kiblat kerana kesukaran

    Daripada Abdullah bin Amir bin Rabi’ah daripada bapanya, dia berkata: Kami bersama Rasulullah SAW dalam perjalanan, sementara langit mendung, dan menyukarkan kami untuk mengetahui arah kiblat. Maka, kami mengerjakan solat. Ketika matahari terbit, kami mengetahui bahawa kami telah solat bukan menghadap kiblat. Kemudian hal itu kami ceritakan kepada Nabi SAW. Maka Allah menurunkan (ayat, diberikan maksud) “Maka ke mana saja kamu menghadap, maka di situlah wajah Allah”.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 174

    HURAIAN

    Maksud ayat Quran itu menurut Tafsir Pimpinan ar-Rahman: Maka, ke mana saja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredai Allah. (Lihat surah al-Baqarah, ayat 115)