Hadis

  • Dilarang halaqah sebelum selesai Jumaat

    Daripada Amru bin Syu’aib, daripada bapanya, daripada datuknya: Bahawa Rasulullah SAW melarang membuat halaqah di masjid pada hari Jumaat, sebelum solat (selesai).

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 192.

  • Solat selepas Jumaat

    Daripada Abdullah bin Umar, bahawa dia jika telah selesai solat Jumaat dia beredar, maka dia solat dua sujud (dalam maksud – dua rakaat) di rumahnya, kemudian dia berkata: Adalah Rasulullah SAW melakukan yang demikian itu.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 191.

  • Solat sebelum Jumaat

    Daripada Ibnu Abbas berkata: Adalah Rasulullah SAW rukuk (mengerjakan solat) sebelum (solat) Jumaat empat kali (empat rakaat), tidak memisahkan pada sesuatu daripadanya (dalam maksud – secara bersambung).

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 191.

  • Tinggal solat Jumaat

    Daripada Abu al-Ja’d adh-Dhamriy – dia pernah bertemu Nabi SAW – dia berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa meninggalkan Jumaat sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, hatinya akan ditutup.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 191.

  • Penduduk Quba solat Jumaat

    Daripada Ibnu Umar berkata: Sesungguhnya penduduk Quba melaksanakan solat Jumaat bersama Rasulullah SAW pada hari Jumaat.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 190.

  • Satu rakaat daripada Jumaat

    Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:

    مَنْ أَدْرَكَ مِنَ الْجُمُعَةِ رَكْعَةً فَلْيَصِلْ إِلَيْهَا أُخْرَى

    (Mafhumnya: Sesiapa mendapatkan daripada [solat] Jumaat satu rakaat, maka hendaklah dia sambung padanya [rakaat] yang lain).

    HURAIAN

    Terjemahan فَلْيَصِلْ إِلَيْهَا أُخْرَى dalam Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah: Maka hendaklah dia genapkan.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 190.

  • Bacaan dalam solat Jumaat

    Daripada Ubaidullah bin Abu Rafi’ berkata: Marwan mewakilkan kota Madinah kepada Abu Hurairah, maka dia keluar ke Makkah. Maka, di hari Jumaat Abu Hurairah solat bersama kami. Maka, dia membaca surah al-Jumuah pada as-sajdah (rakaat) awal, dan pada (rakaat) yang akhir (membaca) Idzaa jaa_akal munaafiquun. Ubaidullah berkata: maka saya menemui Abu Hurairah ketika beredar, maka saya berkata kepadanya, sesungguhnya anda membaca dua surah sebagaimana Ali membaca dengan kedua-duanya di Kufah. Maka, Abu Hurairah berkata: Sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah SAW membaca dengan kedua-duanya.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 189.

  • Nabi diadukan hajat keperluan apabila turun dari mimbar

    Daripada Anas bin Malik: Bahawa Nabi SAW diadukan mengenai hajat keperluan apabila turun dari mimbar di hari Jumaat.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah,189.

  • Datang lewat ke masjid pada hari Jumaat, langkah orang

    Daripada Jabir bin Abdullah: Bahawa seorang lelaki masuk masjid pada hari Jumaat, dan Rasulullah SAW berkhutbah. Maka, dia (lelaki itu) melangkah orang-orang, maka Rasulullah SAW bersabda: Duduk, sungguh kamu telah terlambat, dan menyakiti (orang lain).

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 188.

  • Solat dua rakaat apabila masuk masjid

    Hisyam bin Ammar berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Uyainah, daripada Amru bin Dinar mendengar Jabir, dan Abu az-Zubair dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata: Sulaik al-Ghathofaniy masuk ke dalam masjid, sementara Nabi SAW berkhutbah, maka baginda bersabda: Apakah kamu sudah melaksanakan solat? Dia menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Maka solatlah dua rakaat. Dan adapun Amru, maka tidak menyebutkan (nama) Sulaik.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 188.