Hadis

  • Menyempurnakan solat

    Daripada Abu Hurairah: Bahawa seorang lelaki masuk masjid, maka dia solat. Dan Rasulullah SAW berada di sudut masjid.

    Maka, dia (lelaki itu) datang (kepada Nabi), lalu mengucapkan salam, maka Nabi bersabda: Dan ke atas kamu, maka kembalilah dan solatlah, maka sesungguhnya kamu belum solat.

    Maka, lelaki itu kembali dan solat. kemudian dia datang (kembali) dan memberi salam ke atas Nabi SAW. Maka, baginda bersabda: Dan ke atas kamu, maka kembalilah dan solat, maka sesungguh kamu belum solat.

    Dan selepas itu dia berkata pada kali ketiga, maka ajarkanlah saya wahai Rasulullah. Baginda bersabda (mafhumnya): Apabila kamu bangun untuk solat (atau apabila kamu hendak mendirikan solat), maka sempurnakanlah wuduk, kemudian menghadap kiblat. Maka, bertakbir, kemudian bacalah apa yang mudah menurut kamu daripada al-Quran, kemudian rukuk hingga kamu tenang, kemudian berdirilah hingga kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah hingga kamu tenang, kemudian angkatlah kepalamu hingga kamu tegak duduk, kemudian lakukanlah yang demikian itu dalam semua solatmu.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 179.

  • Jumlah sujud as-Sajdah

    Daripada Ummu ad-Darda, dia berkata: Abu ad-Darda menceritakan kepadaku bahawa dia pernah sujud bersama Nabi SAW sebanyak sebelas kali, salah satunya pada (surah) an-Najm.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 178.

  • Sujud as-Sajdah

    Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda; apabila anak Adam membaca as-Sajdah, maka sujud, maka syaitan menjauh sambil menangis, dia berkata, aduhai malangnya anak Adam diperintahkan sujud, maka dia sujud, maka baginya syurga, dan aku diperintahkan sujud, maka aku menolak, maka bagiku neraka.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 178.

  • Solat dengan satu kain

    Daripada Abu Hurairah berkata: Seorang lelaki datang menemui Nabi SAW, maka dia berkata; wahai Rasulullah, seorang daripada kami solat dengan mengenakan satu kain. Maka, Nabi SAW bersabda: Apakah kamu semua mempunyai dua kain?

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 177.

  • Jangan angkat pandangan ketika solat

    Daripada Ibnu Umar dia berkata: Rasulullah SAW bersabda; janganlah kamu mengangkat pandangan kamu ke atas langit hingga mata kamu buta. – Yakni dalam solat.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 177.

  • Tahan rambut, kain dalam solat

    Daripada Ibnu Abbas berkata: Nabi SAW bersabda; saya diperintahkan agar tidak menahan rambut dan kain (atau pakaian).

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 176/177.

  • Solat dengan selipar

    Daripada Ibnu Abu Aus dia berkata: Adalah Aus datukku terkadang dalam solat dia berisyarat kepadaku, maka aku berikan seliparnya. Dan dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah SAW solat dengan mengenakan selipar.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 176.

  • Dalam solat, lelaki mengingatkan dengan tasbih, wanita menepukkan tangan

    Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tasbih bagi lelaki dan menepukkan tangan bagi wanita.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 176.

  • Sujud atas kain

    Daripada Abdullah bin Abdurrahman berkata: Nabi SAW datang kepada kami, maka baginda solat dengan kami di masjid Bani Abdul Asyhal, maka saya melihatnya meletakkan kedua-dua tangannya atas kainnya apabila sujud.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibn Majah, 175.

  • Solat atas tikar kecil

    Abu Bakr bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abbad bin al-‘Awwam daripada Asy-Syaibaniy daripada Abdullah bin Syaddad berkata, telah menceritakan kepadaku Maimunah isteri Nabi SAW, dia (Maimunah) berkata: Adalah Rasulullah SAW solat di atas tikar kecil.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 175