Daripada Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda; sesiapa mengusap kerikil, maka dia lagha (lalai).
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 174.
Daripada Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda; sesiapa mengusap kerikil, maka dia lagha (lalai).
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 174.
Daripada Thariq bin Abdullah al-Muharibiy berkata: Nabi SAW bersabda; apabila kamu solat maka jangan kamu membuang ludah di depan dan kananmu, tapi ludahlah ke kiri atau bawah kakimu.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 174.
Daripada Abdullah bin Amir bin Rabi’ah daripada bapanya, dia berkata: Kami bersama Rasulullah SAW dalam perjalanan, sementara langit mendung, dan menyukarkan kami untuk mengetahui arah kiblat. Maka, kami mengerjakan solat. Ketika matahari terbit, kami mengetahui bahawa kami telah solat bukan menghadap kiblat. Kemudian hal itu kami ceritakan kepada Nabi SAW. Maka Allah menurunkan (ayat, diberikan maksud) “Maka ke mana saja kamu menghadap, maka di situlah wajah Allah”.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 174
HURAIAN
Maksud ayat Quran itu menurut Tafsir Pimpinan ar-Rahman: Maka, ke mana saja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredai Allah. (Lihat surah al-Baqarah, ayat 115)
Daripada Abdullah bin Umar, dia berkata: Rasulullah SAW datang ke masjid Quba dan solat di dalamnya. Maka, datang beberapa lelaki Ansar memberi salam kepadanya. Maka, saya bertanya kepada Shuhaib dan adalah dia bersama baginda, bagaimana Rasulullah SAW menjawab salam mereka? Dia berkata, baginda memberi isyarat dengan tangannya.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 173.
Daripada Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Apabila seorang daripada kamu masuk masjid, maka janganlah duduk, hingga dia solat dua rakaat.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 172.
Ali bin Muhammad berkata telah menceritakan kepada kami Waki’ daripada Mis’ar daripada Tsabit bin Ubaid daripada Ibnu Al-Barra bin ‘Azib daripada Al-Barra bin ‘Azib berkata: Adalah kami apabila kami solat di belakang Rasulullah SAW – kata Mis’ar; daripada apa yang kami suka – atau dia menyebutkan – daripada yang saya suka untuk berdiri di sebelah kanannya.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 171.
Abu Bakr bin Abi Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Mulazim bin Amru daripada Abdullah bin Badr berkata, telah menceritakan kepadaku Abdurrahman bin Ali bin Syaiban daripada bapanya Ali bin Syaiban – dan dia adalah seorang utusan – dia berkata: Kami keluar (berangkat) hingga sampai di hadapan Nabi SAW, maka kami membaiah dan solat di belakangnya. Kemudian kami mengerjakan solat lain di belakang baginda. Maka, selesai solat, baginda melihat seorang lelaki seorang diri solat di belakang saf. Dia (Ali bin Syaiban) berkata: Ketika berlalu pergi, Nabi SAW berhenti di sisi orang itu, baginda bersabda: Ulanglah solatmu, sebab tidak ada solat bagi yang belakang saf.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 170.
Daripada Qatadah daripada Muawiyah bin Qurrah daripada bapanya, berkata: Adalah kami ditegah daripada membuat saf di antara tiang-tiang pada masa Rasulullah SAW, dan kami pun meninggalkannya.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 170.
Daripada Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sebaik-baik saf-saf wanita adalah yang akhirnya, dan seburuk-buruknya adalah yang awalnya. Dan sebaik-baik saf-saf lelaki adalah yang awalnya dan seburuk-buruknya adalah yang akhirnya.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 169.
Daripada ‘Irbadh bin Sariyah berkata: Bahawa Rasulullah SAW memintakan ampun bagi saf terdahulu tiga kali dan saf kedua satu kali.
Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 169.