solat

  • Keutamaan solat witir

    Daripada Kharijah bin Hudzafah al-‘Adawiyy dia berkata: Nabi SAW mengunjungi kami, maka baginda bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu solat yang lebih baik kamu daripada unta merah, (iaitu) al-witr (solat witir). Solat tersebut Allah jadikan bagi kamu antara solat Isya hingga terbit fajar.

    Ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 202

  • 3 amalan lebih disukai Allah

    Daripada Abu Abdur Rahman Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Saya pernah bertanya kepada Nabi SAW: Yang manakah amalan yang lebih disukai (atau lebih dicintai) di sisi Allah Taala?

    Baginda bersabda: Solat pada waktunya.

    Saya berkata: Kemudian, yang mana lagi?

    Baginda bersabda: Berbuat baik terhadap ibu bapa.

    Saya berkata: Kemudian, yang mana lagi?

    Baginda bersabda: Jihad pada jalan Allah. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim)

    PENJELASAN

    Hadis ini menjadi bukti bahawa solat pada waktunya adalah suatu keutamaan dan berbakti kepada orang tua (ibu bapa) lebih utama daripada jihad.

    Sumber: Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252