Perihal

Yang ditulis ini asalnya sebagai rujukan pantas peribadi, dan pada masa yang sama bertindak sebagai menyampaikan pengetahuan kepada khalayak, agar sama-sama dapat menambah kefahaman mengenai sesuatu persoalan dalam pelbagai aspek terutama tatacara kehidupan harian, sekali gus membawa keselamatan dunia dan akhirat.

Ia menampilkan hadis dipilih, dibaca, diperhatikan daripada beberapa buku. Terjemahannya bukan disalin secara langsung begitu saja, sebaliknya ditulis selepas diteliti dan dipertimbangkan dari sudut makna dan kefahamannya, agar tepat atau setidak-tidaknya lebih dekat dengan maksudnya dan yang penting mudah difahami dan dicernakan.

Kandungannya bagaimanapun tidak dibenarkan sama sekali untuk disalah guna, mengabui mata masyarakat, kepentingan politik kebendaan dan sebagainya yang terbenam di dalam diri.

Jika anda merasakan kandungannya bermanfaat dan ingin memberikan tip (sedikit penghargaan yang sifatnya berupa pemberian, bukan derma) boleh dibuat melalui akaun Maybank penyedia kandungan: 112268161516

IDRIS MUSA

BA Pengajian Islam (Bahasa/Sastera Arab) UKM.

Bekas wartawan, ketua biro HM Putrajaya/pengurus NSTP Putrajaya, penulis khas di NSTP.

Emel: khaliffa1024@gmail.com