Jaga solat 12 rakaat dibinakan rumah di syurga

Daripada Aisyah berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya); sesiapa menjaga dua belas rakaat daripada sunnah dibinakan baginya sebuah rumah di syurga, (iaitu) empat (rakaat) sebelum Zuhur, dua rakaat selepas Zuhur, dua rakaat selepas Maghrib, dua rakaat selepas Isyak, dan dua rakaat sebelum Fajar (Subuh).

Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 194.