Hadis

  • Keutamaan solat witir

    Daripada Kharijah bin Hudzafah al-‘Adawiyy dia berkata: Nabi SAW mengunjungi kami, maka baginda bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu solat yang lebih baik kamu daripada unta merah, (iaitu) al-witr (solat witir). Solat tersebut Allah jadikan bagi kamu antara solat Isya hingga terbit fajar.

    Ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 202

  • Makan kerana terlupa ketika berpuasa

    Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa makan dalam keadaan lupa, sedangkan dia berpuasa, maka hendaklah dia sempurnakan puasanya. Maka, sesungguhnya Allah memberinya makan dan minum.

    Ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 309

  • Manfaatkan makan sahur untuk puasa siang hari

    Daripada Ibnu Abbas, daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Bantulah diri kamu dengan makan sahur untuk puasa siang hari dan tidur siang untuk qiyamullail.

    Ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 313

  • Sahur ada berkat

    Daripada Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Bersahurlah kamu, maka sesungguhnya pada sahur ada berkat.

    Ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 312

  • Tiga orang tidak ditolak doa mereka

    Daripada Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Tiga orang tidak ditolak doa mereka; imam yang adil, orang berpuasa sehingga berbuka dan doa orang dianiaya. Allah akan mengangkatnya bawah naungan awan pada hari kiamat, pintu-pintu langit dibukakan baginya, lalu berfirman: ‘Demi keagungan-Ku, sungguh Aku akan menolongmu walaupun setelah beberapa ketika.’

    Ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 328

  • Keutamaan wanita solehah

    Daripada Abdullah bin Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya dunia adalah hiasan, dan tiadalah suatu daripada hiasan dunia yang lebih afdal (lebih baik) daripada wanita solehah.

    Ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 362

  • Nazar pada perkara maksiat

    Daripada Imran bin al-Husoin berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Tiada nazar pada (perkara) maksiat, dan tiada nazar pada perkara anak Adam tidak memiliki (tidak mampu melaksanakannya).

    Ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 431/432

  • Perintah menunaikan nazar

    Daripada Umar bin al-Khattab berkata: Aku pernah bernazar suatu nazar sewaktu jahiliah, maka aku bertanya kepada Nabi SAW selepas aku memeluk Islam. Maka, baginda memerintahkan aku supaya menunaikan nazarku.

    Ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 432

  • Sesiapa mati dengan membawa tanggungan nazar

    Daripada Ibnu Abbas berkata: Saad bin Ubadah meminta fatwa Rasulullah SAW mengenai nazar ibunya yang telah meninggal dunia, dan belum menunaikannya. Maka, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Tunaikannya (nazar itu) untuknya (untuk ibunya).

    Ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 433

  • Bernazar untuk melakukan haji dengan jalan kaki

    Daripada Abu Said ar-Ru’ani bahawa Abdullah bin Malik mengkhabarkan kepadanya, Uqbah bin Amir mengkhabarkan kepadanya, bahawa saudara perempuannya pernah bernazar untuk berjalan kaki, dan tidak mengenakan tudung, lalu dia ceritakan hal itu kepada Rasulullah (SAW), sehingga baginda bersabda (mafhumnya): Perintahkan dia untuk berkenderaan, bertudung dan berpuasa selama tiga hari.

    Ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 433