Yang ditulis ini adalah hadis yang dibaca dan dipilih, ditulis semula berdasarkan teks Arab dan/atau terjemahannya daripada sumber yang dicatatkan (sebagai sumber utama). Bagaimanapun, ia tidak tertakluk semata-mata kepada teks/terjemahan sumber asal, sebaliknya dibuat penelitian dan pertimbangan (terutama dari aspek pemahamannya), dibantu rujukan lain termasuk tapak web berkaitan terjemahan dan hadis.
Justeru, ada yang ditulis berbeza sedikit daripada sumber utama (bergantung pada penelitian dibuat), seperti penggunaan perkataan, kaedah penulisan seperti memberikan tajuk di atasnya, bahkan erti/pemahaman kepada hadis itu sendiri. Sebab penyedia kandungan berpegang pada prinsip, menulis bersama pengetahuan, bukan salin dan tampal semata-mata atau menuruti apa saja secara semberono, apatah lagi sedar bahawa daya akal/kebolehan/kemampuan bahkan setiap yang ditulis adalah dipertanggungjawabkan oleh-Nya.
Tujuan asalnya sebagai capaian pantas hujung jari bagi diri sendiri, dan pada masa yang sama boleh bertindak sebagai perkongsian pengetahuan kepada khalayak.
Kandungannya bagaimanapun tidak dibenarkan untuk disalah guna, mengabui mata masyarakat dan seumpamanya. Dilarang sama sekali memuatkan kandungannya pada perkakas AI, yang berasaskan AI dan yang sepertinya.
IDRIS MUSA
Asal : Tumpat, Kelantan, Malaysia.
Pendidikan: BA Pengajian Islam (Bahasa/Sastera Arab) UKM.
Pengalaman: Bekas wartawan/ketua biro HM Putrajaya/pengurus NSTP Putrajaya/penulis khas di NSTP.
Emel: khaliffa1024@gmail.com
