Khutbah Nabi mengenai taubat dan amalan soleh, kewajipan Jumaat dan hal imam

Daripada Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami, maka baginda berkata: Wahai manusia! Bertaubatlah kamu kepada Allah, sebelum kamu mati, bersegeralah dengan amalan-amalan soleh sebelum kamu sibuk, dan sambunglah antara kamu dan antara Rabb kamu dengan banyak zikir kamu kepada-Nya, dan banyak sedekah secara diam-diam dan terang-terangan. (Mudah-mudahan) kamu diberikan rezeki, dibantu dan dicukupi. Dan ketahuilah, bahawa Allah memfardukan atas kamu al-Jumu’ah (solat Jumaat) di tempat berdiriku ini, di hariku ini, di bulanku ini, dari tahunku ini hingga hari kiamat. Maka, sesiapa meninggalkannya di waktu hidupku atau selepasku, dan baginya imam yang adil atau bejat, kemudian meremehkan atau menolaknya, maka Allah tidak akan menyatukannya dan urusannya tidak akan diberkati. Ingatlah (atau ketahuilah), dan tiada solat baginya, tiada zakat baginya, tiada haji baginya, tidak ada puasa baginya, dan tidak ada kebaikan baginya sehingga dia bertaubat. Maka, sesiapa bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Ingatlah (atau ketahuilah), seorang wanita tidak mengimamkan seorang lelaki, seorang orang A’rabiyy (Arab pedalaman atau badwi) tidak mengimamkan seorang muhajir (orang muhajirin) dan seorang fajir (orang derhaka, orang berdosa, orang bersalah) tidak mengimamkan seorang mukmin (orang beriman), melainkan jika dia memaksanya dengan kekuasaan yang ditakuti pedangnya dan cambuknya.

Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 183.

Global Terkini